Friday, 17 February 2012

Pulau Pinang

Pulau Pinang atau lebih di kenali sebagai Pulau Mutiara adalah menjadi tempat tarikan aku sekeluarga untuk melawati Negeri ini buat pertama kali...

Perjalanan mengambil masa 4 jam dari Kuala Lumpur dan kami membuat keputusan untuk menaiki feri dari seberang prai ke georgetown. Ini pun adalah nasihat dari seorang kawan, katanya nak ke georgetown baik naik feri dulu, nak balik ke seberang prai baru naik jambatan.. Kurang sikit kesesakan. Memang betul... dalam 15 minit kitorang beratur untuk masuk ke dalam feri. Harganya RM7.70.. Feri kat sini dah dilukis dan diwarnakan, memang berbeza dgn feri dulu2.. 15 tahun yg lepas, kali terakhir aku ke sini...

Perjalanan selama 30 minit menaiki feri cukup membuat anak-anak aku teruja. Sesampai jer tanah Georgetown, kami terus ke hotel yg kami tempah.. Continental Hotel yg terletak di tepi bandar.. Lokasi strategik, harga berbaloi, bilik yang luas yg mempunyai facilities seperti 4 bintang punya hotel. Full recommended if you wish to stay Penang...

Next lokasi yg menjadi impian kami ke sini iaitu Bukit Bendera. Harga tiket RM6 dewasa & RM3 kanak2 (Family Package with present IC) atau RM8 dewasa & RM4 kanak2 (Single Rider with present IC) atau Warga Asing RM30 dewasa & RM15 kanak2 (Takde IC atau lebih dikenali Bukan Warganegara Malaysia). Peerrgghh... keretapi baru ni amat mengecutkan perut. Cukup laju naik mendongak ke langit... 10 minit juga nak naik ke atas tu.. Tapi bila sampai atas... suasana cukup indah.. nampak seluruh permukaan bumi Georgetown..




Begini lah permandangan dari atas Bukit Bendera... sesekali datang beberapa ekor monyet minta simpati dari anda semua.. Jinak pulak tu... So, sebelum datang sini, call dulu samada Bukit Bendera ni bukak atau under maintenance... TUMB LIKE kat sini.. MUST TRY..

Lepas jalan, lapar pulak.. Kami decide nak makan kat Padang Kota Lama yang berhampiran dengan tempat bersejarah Fort Cornwallis.. Tempat makan dia ala2 Food Court yg terletak betul2 tepi laut. Kat sini terkenal dengan Pesembor, Mee Udang, Kuew Tiaw, Laksa, Kerang Rebus, Sotong Kangkung...





Tapi, hati-hati.. jangan ikut nafsu.. sebab harga kat sini betul2 mahal. Pesembor aku ambik x sampai 10 ketul (RM25) Kerang rebus + Sotong kangkung + sotong bakar (RM22), Laksa (RM4), Nasi Ayam (RM5) Mee Udang (RM8). Rasa??Alahai.. banyak lagi kot yg lebih sedap boleh jumpa kat KL.. even rojak jual kat motor pun sedap.. Tapi mcm tu lah, bila kita pegi tempat orng, mesti cuba adat resam kat sana... baru lah melancong namanya.... Kenyang...

Malam.. jalan-jalan kat Pasar Malam Batu Ferringi. Perjalanan dlm 30 minit dari town kalau tak jem. Tapi orang kata kalo kena cuti umum, Penang ni sesak. Memang!! Terutama kat jalan Gurney tu.. Perrgghh... huru hara betul... Kat pasar malam ni korang boleh beli mcm2 survenir dan dia jual barang ala2 petaling street.. kena nego betul2.. baru dapat murah...

Salah satu jenis barang yg aku beli kat Pasar Malam ni yg susah nak jumpa kat tempat lain.
T Shirt yg ditampal dengan gambar karton dari kain baldu. Harga mengikut saiz...

Esok... tarikan kami adalah Toy Museum yg terletak di Tanjung Bungah. Kalau dari town, sebelum sampai ke Ferringhi. Museum ni betul2 terletak di depan Capthorne Orchid Hotel. Jalan kaki 30 saat je dah sampai dari hotel ni. Harga tiket RM10 dewasa RM6 kanak2 (sambil tunjuk IC) Orang asing RM30 dewasa & RM15 kanak2. Tapi memang enjoy kat sini, mcm2 jenis patung kartun leh dapat kat sini.. Angry Bird jer x de ... hihihi..Gambar yg cantik bukan atas dasar object yg menarik, tetapi berdasarkan jari yg meng adjust... hahhaha....

 Stand with terminator
 Stand with Sesame Street
Hero - Superman

Lepas tu, sebelum balik KL.. benda yg harus dibelikan dan dijadikan sebagai barang ole2 adalah jeruk-jeruk buah.. memang murah kat sini... lebihkurang RM4-7 setgh kilo. Harga berbeza bergantung jenis jeruk. Banyak di jual di Jalan Pasar Chowrasta... dekat town..


Last but not least..Ingat nak layan Nasi Kandar Line Clear, dekat jer ngan tempat jeruk2 ni.. tapi.. alahai... beratoq.. panjang giler...  Terpaksa lah carik alternative nasi kandar kedai lain. Tak sanggup lah aku nak beratur begitu panjang, panas terik...



Maka dengan itu, kesimpulannya.. Pulau Pinang memang terkenal dengan pelbagai tempat pelancongannya yg menarik. Sediakan duit sahaja, anda mampu memilikinya....


Selamat tinggal... Pulau Pinang RECOMMENDED for holiday...










No comments:

Post a Comment