Sunday, 12 February 2012

Kota Bharu, Kelantan

Permulaan 2012 di mulakan dengan percutian ke Kota Bharu, Kelantan.

Kelantan, bukan lah sebuah tempat pelancongan yang menarik tetapi ianya terkenal dengan tempat membeli belah. Batik, kain ela, tudung, baju tshirt, seluar.. mcm2 benda yg import dari negara jiran iaitu Thailand.
 



Ini adalah pintu gerbang Gua Musang.. dari sini pun mengambil masa 2 jam untuk sampai ke Kota Bharu.. jadi.. break dulu tau.. jangan ingat dekat lagi...

Ada pelbagai pilihan Hotel di Kota Bharu ni.... antaranya...

Renaissance Kota Bharu..5 bintang.. service memang marvelos lah.. Lokasi belum sampai town lagi.. Tengah2 jer kalau nak ke Utara atau Selatan Kota Bharu. Recommended!!

Khalifa Inn, Wakaf Che Yeh.. 3 bintang... Family Room yg besar dan value for money. Hanya deretan kedai, tingkat 1, mempunyai 20 bilik sahaja.. Bilik semua standard Family Room. Yg bestnya, jalan kaki tak sampai 30 saat terus jumpa Pasar Malam Wakaf Che Yeh yg best tu. Recommended!!

Selain ni.. OMBAK Inn pun terletak di kawasan yg berhampiran, cuma OMBAK Inn ni bising time malam disebab kan bunyik bising pasar malam ni. Really tak boleh tidur sampai 4 pagi.

Wakaf Che Yeh adalah tempat WAJIB yg aku akan pergi. Biasa la, beli kain ela untuk di jual. Memang mcm2 jenis kain, tudung, baju.. kalau pusing2 boleh sesat mana anda punya check point. Thats why, kalau datang sini suka stay kat around sini, sebab malam2 boleh kuar shopping anytime. Gambar x de, sebab memang tengah shopping giler..

Pengkalan Kubor adalah Pusat Jualan Bebas Cukai yang menjual pelbagai barangan. Pinggan Mangkok, Tikar, Baju, Toto, Cadar, Periuk.. entah la.. segala jenis benda lah ada di jual kat sini. Kalau bawak budak2, standby duit jer ya. Seronok anak2 kalau sampai sini. Ini gambar Pengkalan Kubor...

Rantau Panjang pun lebih kurang sama mcm tempat ni.. Kalau duit memang banyak, boleh la pegi semua tempat ni.. Kalau tak, pilih salah satu pun cukup sebab barang dia sama jer. Rantau Panjang tu besar dari Pengkalan Kubor la.. Tak larat jer nak berjalan.

Pasar Siti Khadijah pulak tempat warisan.. banyak jual kain ela, batik kelantan, tudung, ole2,makanan, budu.. mcm2 lagi lah... Sini pun memang murah. Ground floor banyak jual barang basah, Atas semua jual barang2 harian yg aku sebut tu.


Tempat yg boleh bersantai di Kota Bharu ni.. Pantai Cahaya Bulan (PCB) jer lah.. Nak lepak tepi pantai, makan ala2 rojak pesembor...boleh la layan kat sini...


Macam biasa... pulang membawa Fridge Magnet Kota Bharu, Kelantan..


Kesimpulannya... Kelantan adalah tempat yg menarik untuk menghabiskan duit. Tapi elok juga kalau duit yg habis tu diganti dengan untung meniaga kain. Hahahha..

Salam..Itukah-Aku blogspot.. Leez

Perjalanan mengambil masa 8 jam melalui Kuala Lipis.. Gua Musang.. cukup menyiksa kan pinggang aku. Selalunya, kami akan bertolak seawal pagi.. jam 4 pagi untuk mengelakkan kesesakan terutama cuti awam.

No comments:

Post a Comment