Sunday, 19 February 2012

Cameron Highland

Destinasi kita berikutnya... adalah Cameron Highland, Pahang..

Teruja aku untuk datang ke sini kembali setelah 7 tahun ku tinggalkan dulu.. Aku pasti Cameron adalah tempat yg menjadi sumber pelancongan terbaik juga di Malaysia, dengan view yg menarik.. dengan pelbagai jenis makanan terdapat di sini... dan trademark cameron adalah strawberi dan teh nya... Kami menaiki Cameron melalui exit Simpang Pulai. Ni jalan baru juga.. sebelum ni kita kena naik ikut Tapah.. Dari Exit Simpang Pulai ni mengambil masa 1 jam juga untuk sampai ke check point yg pertama. Jalan Simpang Pulai ni besar, jalan masih elok lagi.. berbanding jalan dari Tapah...

Ini check point pertama... tempat beli pelbagai coklat dari strawberi base.. tempat lepak makan ais krim... Tapi rasanya, sini mahal sikit dan x banyak choice...
Next.. akan jumpa tempat teh pula... Pelbagai jenis survenir ada di jual di sini sambil boleh minum teh bersama angin sepoi2 bahasa dari ladang teh ni.


Harga kat kedai ni boleh tahan jugak la.. tapi berkualiti sikit... Baju I Love Cameron pun banyak jual kat sini... Cuma aku rasa, better korang jangan beli banyak kat sini sebab kat atas tu ada banyak yg lagi murah lagi... Dari tempat ni nak ke atas ambil masa setengah jam jugak.. kalau kena cuti umum, memang jem teruk.. Dari stgh jam, boleh jadik banyak jam jugak lah...

Hah...Bila korang dah penat mendaki.. korang akan jumpa deretan kedai mcm ni, mcm rumah panjang.. Kat sini la banyak dan mcm2 survenir yg murah, yg best tak terkata... Kalau ada jual ubi rebus kat sini, korang beli.. makan panas2.. memang sedap ubi2 dia, manis giler...



See.. seronok kan orang jual mcm ni... Cuma korang kena standby bawak duit banyak ya yg mana yg ada anak2 tu... Sure nak sorang satu bantal2 strawberi ni...

Apa yg korang harus beli dan try kat sini ....

Strawberi Kering (Harga 4 bekas = RM10)

Jagung Manis Really Manis.. Boleh dimakan begitu saja (Setongkol RM2.20 Medium size)

Buah Tomato comel2 yg boleh di makan mcm buah segar (8 bungkus = RM10)

Kentang comel2 boleh dikukus (8 bungkus = RM10)

Yang ni wajib beli.. Teh Cameron Valley (3 kotak = RM11)
Gula-gula/coklat untuk kawan2 sekolah anak...

Last but not least.. kita minum Teh dulu di Cameron Valley.. Harga minuman kat sini boleh tahan jugak.. Teh Tarik pun RM6.. tapi memang sedap...layan jer lah...


Ok.. bila dah jumpa tempat ni, maka kita pun nak semakin turun melalui Tapah.. Jalan turun memang menyeramkan sebab jalan melalui Tapah ni dah semakin teruk dan kecil. Jadi, hati2 lah dengan kereta, lori dan bas yg bertentangan dari arah ni. Mengambil masa sejam juga nak sampai ke pekan Tapah.. dan mengambil masa 3 jam untuk sampai ke Kuala Lumpur...

Sekian... Leez... itukah-aku.blogspot..
 















No comments:

Post a Comment