Sunday, 19 February 2012

Pantai Morib

Jalan lagi...

Destinasi berikut hanya terletak di Selangor..  Saja nak menghabiskan masa di hujung minggu bersama anak2.. Pantai Morib... perjalanan hampir 45 minit dari Puchong.. mengikut Dengkil - Banting - Morib.. tanpa sebarang tol...

Tujuan kami datang sini sebab nak main layang-layang... Memang ramai yg main layang2 kat sini, sambil berpicnic.. Kami pun tak lupa la nak bawa tikar dan juadah minum petang yg kami beli kat tepi jalan tadi... Angin yg kuat mendamai kan jiwa...

Memang seronok.. bukan hanya anak2... tapi mak bapaknya lagi bertambah seronok... Al maklum lah.. dah berapa lama x main layang-layang sehh...

TIada apa yg boleh di ceritakan kat sini.. cuma kat sini boleh lah di jadikan tempat bersantai di hujung minggu... Ada food court, ada playground, ada tempat yg mandi laut... Suasana pun tak la sesibuk pantai kat PD tu...

See.. siap ada belon motor tu lagi kat atas kepala saya... Anda berani naik benda ni??
Jadi... jika anda tak tau nak bawa anak-anak ke mana, atau dah bosan jalan-jalan kat shopping complex, boleh la beriadah ke sini... Memang best...


Jumpa lagi... Sekian... Leez... itukah-aku.blogspot...










Cameron Highland

Destinasi kita berikutnya... adalah Cameron Highland, Pahang..

Teruja aku untuk datang ke sini kembali setelah 7 tahun ku tinggalkan dulu.. Aku pasti Cameron adalah tempat yg menjadi sumber pelancongan terbaik juga di Malaysia, dengan view yg menarik.. dengan pelbagai jenis makanan terdapat di sini... dan trademark cameron adalah strawberi dan teh nya... Kami menaiki Cameron melalui exit Simpang Pulai. Ni jalan baru juga.. sebelum ni kita kena naik ikut Tapah.. Dari Exit Simpang Pulai ni mengambil masa 1 jam juga untuk sampai ke check point yg pertama. Jalan Simpang Pulai ni besar, jalan masih elok lagi.. berbanding jalan dari Tapah...

Ini check point pertama... tempat beli pelbagai coklat dari strawberi base.. tempat lepak makan ais krim... Tapi rasanya, sini mahal sikit dan x banyak choice...
Next.. akan jumpa tempat teh pula... Pelbagai jenis survenir ada di jual di sini sambil boleh minum teh bersama angin sepoi2 bahasa dari ladang teh ni.


Harga kat kedai ni boleh tahan jugak la.. tapi berkualiti sikit... Baju I Love Cameron pun banyak jual kat sini... Cuma aku rasa, better korang jangan beli banyak kat sini sebab kat atas tu ada banyak yg lagi murah lagi... Dari tempat ni nak ke atas ambil masa setengah jam jugak.. kalau kena cuti umum, memang jem teruk.. Dari stgh jam, boleh jadik banyak jam jugak lah...

Hah...Bila korang dah penat mendaki.. korang akan jumpa deretan kedai mcm ni, mcm rumah panjang.. Kat sini la banyak dan mcm2 survenir yg murah, yg best tak terkata... Kalau ada jual ubi rebus kat sini, korang beli.. makan panas2.. memang sedap ubi2 dia, manis giler...



See.. seronok kan orang jual mcm ni... Cuma korang kena standby bawak duit banyak ya yg mana yg ada anak2 tu... Sure nak sorang satu bantal2 strawberi ni...

Apa yg korang harus beli dan try kat sini ....

Strawberi Kering (Harga 4 bekas = RM10)

Jagung Manis Really Manis.. Boleh dimakan begitu saja (Setongkol RM2.20 Medium size)

Buah Tomato comel2 yg boleh di makan mcm buah segar (8 bungkus = RM10)

Kentang comel2 boleh dikukus (8 bungkus = RM10)

Yang ni wajib beli.. Teh Cameron Valley (3 kotak = RM11)
Gula-gula/coklat untuk kawan2 sekolah anak...

Last but not least.. kita minum Teh dulu di Cameron Valley.. Harga minuman kat sini boleh tahan jugak.. Teh Tarik pun RM6.. tapi memang sedap...layan jer lah...


Ok.. bila dah jumpa tempat ni, maka kita pun nak semakin turun melalui Tapah.. Jalan turun memang menyeramkan sebab jalan melalui Tapah ni dah semakin teruk dan kecil. Jadi, hati2 lah dengan kereta, lori dan bas yg bertentangan dari arah ni. Mengambil masa sejam juga nak sampai ke pekan Tapah.. dan mengambil masa 3 jam untuk sampai ke Kuala Lumpur...

Sekian... Leez... itukah-aku.blogspot..
 















Friday, 17 February 2012

Pulau Pinang

Pulau Pinang atau lebih di kenali sebagai Pulau Mutiara adalah menjadi tempat tarikan aku sekeluarga untuk melawati Negeri ini buat pertama kali...

Perjalanan mengambil masa 4 jam dari Kuala Lumpur dan kami membuat keputusan untuk menaiki feri dari seberang prai ke georgetown. Ini pun adalah nasihat dari seorang kawan, katanya nak ke georgetown baik naik feri dulu, nak balik ke seberang prai baru naik jambatan.. Kurang sikit kesesakan. Memang betul... dalam 15 minit kitorang beratur untuk masuk ke dalam feri. Harganya RM7.70.. Feri kat sini dah dilukis dan diwarnakan, memang berbeza dgn feri dulu2.. 15 tahun yg lepas, kali terakhir aku ke sini...

Perjalanan selama 30 minit menaiki feri cukup membuat anak-anak aku teruja. Sesampai jer tanah Georgetown, kami terus ke hotel yg kami tempah.. Continental Hotel yg terletak di tepi bandar.. Lokasi strategik, harga berbaloi, bilik yang luas yg mempunyai facilities seperti 4 bintang punya hotel. Full recommended if you wish to stay Penang...

Next lokasi yg menjadi impian kami ke sini iaitu Bukit Bendera. Harga tiket RM6 dewasa & RM3 kanak2 (Family Package with present IC) atau RM8 dewasa & RM4 kanak2 (Single Rider with present IC) atau Warga Asing RM30 dewasa & RM15 kanak2 (Takde IC atau lebih dikenali Bukan Warganegara Malaysia). Peerrgghh... keretapi baru ni amat mengecutkan perut. Cukup laju naik mendongak ke langit... 10 minit juga nak naik ke atas tu.. Tapi bila sampai atas... suasana cukup indah.. nampak seluruh permukaan bumi Georgetown..




Begini lah permandangan dari atas Bukit Bendera... sesekali datang beberapa ekor monyet minta simpati dari anda semua.. Jinak pulak tu... So, sebelum datang sini, call dulu samada Bukit Bendera ni bukak atau under maintenance... TUMB LIKE kat sini.. MUST TRY..

Lepas jalan, lapar pulak.. Kami decide nak makan kat Padang Kota Lama yang berhampiran dengan tempat bersejarah Fort Cornwallis.. Tempat makan dia ala2 Food Court yg terletak betul2 tepi laut. Kat sini terkenal dengan Pesembor, Mee Udang, Kuew Tiaw, Laksa, Kerang Rebus, Sotong Kangkung...





Tapi, hati-hati.. jangan ikut nafsu.. sebab harga kat sini betul2 mahal. Pesembor aku ambik x sampai 10 ketul (RM25) Kerang rebus + Sotong kangkung + sotong bakar (RM22), Laksa (RM4), Nasi Ayam (RM5) Mee Udang (RM8). Rasa??Alahai.. banyak lagi kot yg lebih sedap boleh jumpa kat KL.. even rojak jual kat motor pun sedap.. Tapi mcm tu lah, bila kita pegi tempat orng, mesti cuba adat resam kat sana... baru lah melancong namanya.... Kenyang...

Malam.. jalan-jalan kat Pasar Malam Batu Ferringi. Perjalanan dlm 30 minit dari town kalau tak jem. Tapi orang kata kalo kena cuti umum, Penang ni sesak. Memang!! Terutama kat jalan Gurney tu.. Perrgghh... huru hara betul... Kat pasar malam ni korang boleh beli mcm2 survenir dan dia jual barang ala2 petaling street.. kena nego betul2.. baru dapat murah...

Salah satu jenis barang yg aku beli kat Pasar Malam ni yg susah nak jumpa kat tempat lain.
T Shirt yg ditampal dengan gambar karton dari kain baldu. Harga mengikut saiz...

Esok... tarikan kami adalah Toy Museum yg terletak di Tanjung Bungah. Kalau dari town, sebelum sampai ke Ferringhi. Museum ni betul2 terletak di depan Capthorne Orchid Hotel. Jalan kaki 30 saat je dah sampai dari hotel ni. Harga tiket RM10 dewasa RM6 kanak2 (sambil tunjuk IC) Orang asing RM30 dewasa & RM15 kanak2. Tapi memang enjoy kat sini, mcm2 jenis patung kartun leh dapat kat sini.. Angry Bird jer x de ... hihihi..Gambar yg cantik bukan atas dasar object yg menarik, tetapi berdasarkan jari yg meng adjust... hahhaha....

 Stand with terminator
 Stand with Sesame Street
Hero - Superman

Lepas tu, sebelum balik KL.. benda yg harus dibelikan dan dijadikan sebagai barang ole2 adalah jeruk-jeruk buah.. memang murah kat sini... lebihkurang RM4-7 setgh kilo. Harga berbeza bergantung jenis jeruk. Banyak di jual di Jalan Pasar Chowrasta... dekat town..


Last but not least..Ingat nak layan Nasi Kandar Line Clear, dekat jer ngan tempat jeruk2 ni.. tapi.. alahai... beratoq.. panjang giler...  Terpaksa lah carik alternative nasi kandar kedai lain. Tak sanggup lah aku nak beratur begitu panjang, panas terik...



Maka dengan itu, kesimpulannya.. Pulau Pinang memang terkenal dengan pelbagai tempat pelancongannya yg menarik. Sediakan duit sahaja, anda mampu memilikinya....


Selamat tinggal... Pulau Pinang RECOMMENDED for holiday...










Sunday, 12 February 2012

Terengganu

Terengganu... Destinasi pelancongan yang menarik...

Terengganu ni luas, banyak tempat boleh dilawati. Pulau.. Bandar... Pekan... Pantai... Mcm2 ada kat sini..
Perjalanan ke sini ambil masa 7 jam juda dari KL melalui Lebuhraya Karak - Jabor.. Tol sehala dalam RM30 jer termasuk kat Karak tu... Exit Jabor, Cherating... selebihnya.. ikut jalan dalam.. lalu di persisir pantai. Jiwa aman kalau nak ke sini melihat permandangan dan angin laut..

Kat Terengganu ni banyak sangat lah Hotel yg menarik.. Aku dulu penah stay kat Batu Buruk Beach Resort. 3 bintang hotel yg ada kemudahan hotel seperti swimming pool. Hotel betul2 tepi pantai. Kalau malam memang kuat angin kat sini...

Selain itu, aku selalu stay kat Primula Beach Hotel. Hotel 4 bintang.. Dulu service ok, bilik cun facing sea. Tapi recently ni aku tak puas hati dngn service Hotel ni. Check-in lambat.. kol 4 ptg pun x leh masuk lagi. Sea view pun separuh jer, Toiletress dia makin kurang. Dulu ada berus gigi, losyen.. sekarang cuma sabun & shampoo jer.. Memang x puas hati betul. Lepas tu air tub kotor.. kuning.. Pool kotor.. eeuurrgghh, rasa nyesal betul stay sini awal 2012 haritu...

Anakanda ku yg bosan menunggu di LObby Primula.. Check in pukul 4.30ptg??? Gambar berikutnya, View dari tepi pantai.. Pantai sini memang lah best,menarik, best dan bersih...


Malam..Kalo korang nak dinner, pegi ke Tepi Pantai yg nak menuju ke Airport Terengganu tu. Mcm2 jenis seafood ada di jual. Carik jer signboard ke Seberang Takir, ke Airport.. korang akan jumpa Jus Buah Gelas Besar.. Jus nya yg pure.. mcm2 jenis jus buah ada dijual di sini.. harga?? Memang murah giler.

Pastu Kopok Lekor BTB juga terkenal kat sini, kena ambik nombor seehh, mcm kat bank. Beratus2 nombor kena tunggu.. sanggup ke?? Yg dah tempah pun belum tentu boleh dpt ontime tau. Hahahha... Ni dia, kedai kayu cukup sempoi, tapi punyai features yg sanggat canggih ...


Tempat merebus kopok lekor berkawah kawah mcm ni pun kena beratur panjang...

Lepas tu, lepak kat Masjid Kristal... Pusat Tamadun Islam...

Tempat Shopping kat Ganu ni selalu kat Pasar Payang. Kat sini banyak jual batik Terengganu yg berkualiti. Harga beratus, tapi compare harga kat KL, beza 2x ganda murah. Yg glitters2 tu boleh dapat seratus lebih jer. Kalau nak carik tudung,banyak pilihan di Hentian Bas Ganu. Dekat jer dngn Pasar Payang tu. Jalan2 mesti jumpa.

Ok.. Fridge Magnet punya gambar xde sebab dah selalu sangat pegi Terengganu ni sampai lupa mana letak gambor FM tu... Terengganu memang BEST!!

Sekian.. Itukah-Aku Blogsport.. Leez








Kota Bharu, Kelantan

Permulaan 2012 di mulakan dengan percutian ke Kota Bharu, Kelantan.

Kelantan, bukan lah sebuah tempat pelancongan yang menarik tetapi ianya terkenal dengan tempat membeli belah. Batik, kain ela, tudung, baju tshirt, seluar.. mcm2 benda yg import dari negara jiran iaitu Thailand.
 



Ini adalah pintu gerbang Gua Musang.. dari sini pun mengambil masa 2 jam untuk sampai ke Kota Bharu.. jadi.. break dulu tau.. jangan ingat dekat lagi...

Ada pelbagai pilihan Hotel di Kota Bharu ni.... antaranya...

Renaissance Kota Bharu..5 bintang.. service memang marvelos lah.. Lokasi belum sampai town lagi.. Tengah2 jer kalau nak ke Utara atau Selatan Kota Bharu. Recommended!!

Khalifa Inn, Wakaf Che Yeh.. 3 bintang... Family Room yg besar dan value for money. Hanya deretan kedai, tingkat 1, mempunyai 20 bilik sahaja.. Bilik semua standard Family Room. Yg bestnya, jalan kaki tak sampai 30 saat terus jumpa Pasar Malam Wakaf Che Yeh yg best tu. Recommended!!

Selain ni.. OMBAK Inn pun terletak di kawasan yg berhampiran, cuma OMBAK Inn ni bising time malam disebab kan bunyik bising pasar malam ni. Really tak boleh tidur sampai 4 pagi.

Wakaf Che Yeh adalah tempat WAJIB yg aku akan pergi. Biasa la, beli kain ela untuk di jual. Memang mcm2 jenis kain, tudung, baju.. kalau pusing2 boleh sesat mana anda punya check point. Thats why, kalau datang sini suka stay kat around sini, sebab malam2 boleh kuar shopping anytime. Gambar x de, sebab memang tengah shopping giler..

Pengkalan Kubor adalah Pusat Jualan Bebas Cukai yang menjual pelbagai barangan. Pinggan Mangkok, Tikar, Baju, Toto, Cadar, Periuk.. entah la.. segala jenis benda lah ada di jual kat sini. Kalau bawak budak2, standby duit jer ya. Seronok anak2 kalau sampai sini. Ini gambar Pengkalan Kubor...

Rantau Panjang pun lebih kurang sama mcm tempat ni.. Kalau duit memang banyak, boleh la pegi semua tempat ni.. Kalau tak, pilih salah satu pun cukup sebab barang dia sama jer. Rantau Panjang tu besar dari Pengkalan Kubor la.. Tak larat jer nak berjalan.

Pasar Siti Khadijah pulak tempat warisan.. banyak jual kain ela, batik kelantan, tudung, ole2,makanan, budu.. mcm2 lagi lah... Sini pun memang murah. Ground floor banyak jual barang basah, Atas semua jual barang2 harian yg aku sebut tu.


Tempat yg boleh bersantai di Kota Bharu ni.. Pantai Cahaya Bulan (PCB) jer lah.. Nak lepak tepi pantai, makan ala2 rojak pesembor...boleh la layan kat sini...


Macam biasa... pulang membawa Fridge Magnet Kota Bharu, Kelantan..


Kesimpulannya... Kelantan adalah tempat yg menarik untuk menghabiskan duit. Tapi elok juga kalau duit yg habis tu diganti dengan untung meniaga kain. Hahahha..

Salam..Itukah-Aku blogspot.. Leez

Perjalanan mengambil masa 8 jam melalui Kuala Lipis.. Gua Musang.. cukup menyiksa kan pinggang aku. Selalunya, kami akan bertolak seawal pagi.. jam 4 pagi untuk mengelakkan kesesakan terutama cuti awam.

Kota Kinabalu, Sabah

Jelajah kita kali ini.. Negeri di bawah Bayu.. Sabah...

Lama sudah kutinggalkan Negeri ini. 11 tahun lepas pernah ke jejak ke sini. Negeri yang sangat cantik, sangat indah, sangat terkenal dengan masakan lautnya.. Inilah Syurga Cinta.. ehh.. salah... Syurga Laut...

Kali ni aku pergi ke sana pada bulan October 2011 yang lalu.. Masih baru diingatan... Perjalanan menaiki kapal terbang selama 2 1/2 jam terasa cukup membosan kan. Aku sewa kereta MYVI SE yang aku dapat murah la jugak with a good condition.. Terima kasih Pakcik Salleh (Nama pak metua aku, tu la aku ingat).


Ni dia kereta tu bersama anak-anak dan suami. Gambar ni di ambil di Karambunai Lagoon Park, dekat dengan Nexus Resort tu. Dari sini boleh nampak Puncak Gunung KInabalu, kalau awan tak tebal. Macam-macam aktiviti korang boleh buat kat sini, antaranya :-

Kitorang check-in kat Shangri-La Hotel, Kota Kinabalu.. Bukan yg kat Tanjung Aru tu tau. Saja duduk tengah2 town untuk permudahkan perjalanan. Hotel just nice, price and location. Value for Money. Hotel ni takde swimming pool tapi ada bathtub.. Anak2 aku ni kena ada antara salah satu ni, tapi kalo ada dua dua facilities ni, memang kecut kulit diorang ni, Asyik nak dok berendam jer sambil main air.. Gitulah anak2 kan... Kalo korang berminat, boleh la research kat google tentang hotel ni..

Jalan malam - kami ke Pasar Malam Kg Air. Diorang kata kat sini mutiara, eccessories dijual dengan murah. Tapi memang murah, berbanding kat KL nun.. Rambang mata jugak aku dibuatnya.. Korang HARUS pergi ke sini kalau datang kat KK tau.. Tempat ni betul2 kat depan Maybank Kg Air, kalau dari Hotel kitorang, kalau bujang2 jalan kaki boleh sampai...

Brooch untuk kawan-kawan & sedara.. Kalau kat KL berapa korang ringgit korang beli?? Hahahaha... Kat KK ni,alahai, aku nak cakap pun segan.. hihihi..Ada lagi...

Gelang tangan ada jugak.. untuk kawan terpilih & sedara.. Memang comel..


Hahhaha..jangan marah... Barang ni barang WAJIB di beli... Fridge Magnet aku...

Ok, esoknya kami bergerak awal menuju ke Taman Gunung KInabalu.. Perjalanan hampir 2 jam dengan jalan yg terhoyong hayang mendaki bukit2 dan lurah2 dendam. HAhahhaa... Sepanjang perjalanan, kita akan dihidangkan dengan permandangan Gunung Kinabalu yg sangat menarik. Alhamdulillah, awan tak tebal, jadi kami nampak Gunung tu..


Indahnya Ciptaan Allah SWT..memang tinggi Gunung ni.. Rasa mcm ada raksaksa jer..Mendongak ke langit...  Selain Gunung Kinabalu kat area sini ada jugak Strawbery Park, Dairy Farm, Hot Spring... You all should stay 1 nite around sini sebab banyak tempat best yg harus di lawati. Dairy Farm tu rasa mcm kat New Zealand, sejuk dan nampak banyak lembu. Hihihi.. Suasana dia lain.. Kat Hot spring tu, ada jambatan gantung yg sangat tinggi dan menakutkan.. sambil boleh merendam kaki di kolam air panas..

Ok, selebihnya.. masa kami di habiskan di sekitar Ibukota Kota Kinabalu.. Kali ni tak sempat nak Island Tour... InsyaAllah kami akan dtg ke sini lagi dengan masa yg lebih banyak...

Sekian.. Itukah-Aku Blogger.. Leez







Fridge Magnetic

Mengapa aku kerap berjalan?? Bukan jalan-jalan carik makan tau tapi jalan-jalan carik Fridge Magnet. Ini Hobi aku sejak awal Tahun 2011, bila aku dan keluarga mula kemaruk berholiday sini sana..

Aku sebenarnya perlahan-lahan nak jelajah Malaysia.. tempat-tempat peranginan di Malaysia. Malaysia memang memiliki sumber semulajadi yang sangat menarik. No wonder Malaysia telah diiktiraf sebagai Pusat Pelangcongan Negara.. Kerana itulah aku mula memburu Fridge Magnet (FM) ke mana saja destinasi aku.

Ni dia dah hampir penuh peti ais atas... tu pun bercinta nak penuhkan.. Yg kawan bagi pun ada, tapi aku kebanyakkan Negeri Completed..

Dan yang peliknya, dalam banyak2 FM ni, aku boleh tak ada FM negeri Selangor.. Negeri tempat tinggal aku, tempat kerja aku, tempat sekolah anak aku, Ohh... terlepas pandang. Aku mula membuat research mana nak dapat FM negri Selangor ni.. InsyaAllah.. coming soon akan complete semua ni.

Dan dalam banyak2 Negeri ni, kami sekeluarga belum kesempatan lagi untuk ke Sarawak.. either Miri or Kuching. Itu target aku tahun 2012 ni utk pergi ke sana.. Air Asia, bila nak buat promotion ni... hihihi...

Walaubagaimanapun, kemampuan aku hanya di Malaysia.. kerana aku percaya Malaysia ini Indah..

Sekian.. Itukah-Aku blogger - Leez